Majlis Temu Mesra Profesional yang telah mempertemukan ibu bapa, anak dan guru
Bicara Bahasa Melayu secara santai
Majlis Temu Mesra Profesional yang telah mempertemukan ibu bapa, anak dan guru
b. Lupakanlah kenangan pahit mu itu.
c. Usah kau hampakan harapan mereka.
d. Mu hendak ke mana?
e. Kau hendak ke mana?
f. Buku ini milik nya.
dokong
Dokong ialah sejenis tumbuhan yang buahnya seperti langsat tetapi kulitnya lebih tebal. Nama saintifik bagi dokong ialah lansium domesticu.
dukung
Dalam cerita di atas terdapat nama-nama tempat yang berakhir dengan au, ai dan oi. Dalam kajian bahasa, ketiga-tiga bunyi ini dinamakan sebagai diftong iaitu gabungan dua bunyi vokal yang bersifat satu suku kata dan dilafazkan dengan satu puncak kelantangan kerana berlakunya geluncuran dari vokal yang mendahului kepada vokal yang mengikutinya.
Ada tiga isu tatabahasa menarik yang hendak dibincangkan. Yang pertama: 'Tingkat pengajaran bahasa Melayu.' Tingkat merujuk kepada tahap atau peringkat. Sekali imbas, frasa ini merupakan subjek yang perlu diikuti dengan predikat untuk melengkapkan maksudnya. Frasa tersebut akan menjadi lebih bermakna sekiranya diikuti unsur predikat seperti "... akan dimantapkan." Tanpa unsur predikat ungkapan tersebut tidak akan lengkap.
Isu yang kedua ialah '.. tanpa ketepi pengajaran bahasa Inggeris." Kata 'ketepi' dalam ungkapan ini ialah frasa sendi nama, sama seperti di sana, ke utara, di hadapan, dan sebagainya. Dari segi penulisan, sebagai frasa sendi nama, kata sendi 'ke' perlu dijarakkan dengan kata arah 'tepi'
Kedua-dua perkataan ini akan lebih tepat penggunaan dan maskudnya sekiranya ditambah dengan akhiran ...kan. Sekiranya hal ini dilakukan, maka keterangan tajuk utama itu akan menjadi "Tingkatkan pengajaran bahasa Melayu tanpa ketepikan pengajaran bahasa Inggeris." Ungkapan ini lebih tepat dari segi binaannya dan dari segi maksudnya iaitu seruan supaya pengajaran bahasa Melayu ditingkatkan tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.
Isu yang ketiga ialah mengapakah b' pada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ditulis dengan huruf kecil, bukan huruf besar sedangkan kedua-duanya merujuk kepada mata pelajaran yang diajarkan di sekolah. Oleh sebab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran sama seperti mata pelajaran Matematik, Pendidikan Islam, dan lain-lain, sewajarnya 'b' pada kedua-dua perkataan dieja dengan huruf besar kerana kedua-duanya ialah kata nama khas. Sekiranya perkataan 'bahasa' merujuk kepada sesuatu yang umum, bukan kata nama khas pada situasi seperti itu maka 'b' huruf kecil digunakan.
Berdasarkan huraian yang telah dikemukakan, keterangan tajuk itu lebih tepat sekiranya ditulis : "Tingkatkan pengajaran Bahasa Melayu tanpa ketepikan pengajaran Bahasa Inggeris."
Betulkan yang biasa!
PERANAN
Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu;
Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.
KEISTIMEWAAN
Munsyi Dewan akan menikmati keistimewaan seperti yang berikut :
Bayaran kepakaran;
Elaun perkilometeran;
Elaun makan minum;
Tambang kapal terbang atau yang setara dengannya.
Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.
TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA
Menyampaikan maklumat bahasa Melayu seperti yang telah diputuskan oleh DBP.
Membantu DBP memberikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu.
Sentiasa menjaga nama baik DBP kerana Munsyi Dewan ditauliahkan oleh DBP.
Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.
MUNSYI DEWAN DI NEGERI SEMBILAN
FASA 1
1.
Nama : Haji Muhammad Zahir bin Haji Akashah Alamat Pejabat : SMK Dato' Setia Raja, 71300 Rembau, Negeri SembilanAlamat Rumah : Lot 521 Jln. Kg. Masjid Tanah, Masjid Tanah, Chembong, 71300 Rembau, Negeri SembilanNo. Telefon Pejabat : 06-6851214 No. Tel Rumah : 06-6853616 No. Telefon Bimbit : 019-6232359 No. Faks. : 06-6853078 E-mel : muzak23@hotmail.com
2.
Nama : Muttakal bin Haton Alamat Pejabat : PPD Jempol & Jelebu, 72120 Bandar Baru Serting, Negeri SembilanAlamat Rumah : No. 461, Jalan Permai 3, Desa Permai Juasseh, 72500 Juasseh, Negeri Sembilan.No. Telefon Pejabat : 06-4583589 No. Telefon Rumah : 06-4583662 No. Telefon Bimbit : 012-6379210 No. Faks. : 06-4583676
3.
Nama : Sapei bin Damin Alamat Pejabat : SMK Dato' Klana Putra, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Alamat Rumah : Kg. Sg. Machang Hilir, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan No. Tel. Pejabat : 03-87667769No. Tel. Rumah : 03-87667858No. Tel. Bimbit : 019-6238089 No. Faks : 03-87669435
FASA 4
1.Nama : Hajah Mahaya bt. Mohd. Yassin Alamat Rumah : 59, Lorong Cenerawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan No. Tel. Rumah : 06-6778359 No. Tel. Bimbit : 012-3083965 No. Faks : 06-7624822 E-mel : mahaya_es@hotmail.com
FASA 5
1.
Nama : Hj. Abdul Rahman bin Juri Alamat (P) : SMK King George V, Jalan Za’ba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.Alamat (R) : No. 35, Jalan Melor 6, Taman Rasa Sayang, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.No. Tel. (P) : 06-7623 598No. Tel. (R) : 06-6774 213 No. Tel. (B) : 019-6237 560 E-mel: namhar.sfy@gmail.com
2.
Nama : Mohamad bin Haji Abd. Ghani Alamat (R) : 102, Rumah Rakyat Sungai Layang, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.No. Tel. (R) : 06-6855 302No. Tel. (B) : 019-6540 297
3.
Nama : Bukari bin Kadam Alamat (P) : SMK Seri Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Alamat (R) : No. 700 Jalan Semarak 13, Taman Panchor Jaya, 70400 seremban, Negeri Sembilan.No. Tel. (P) : 06-6136 202No. Tel. (R) : 06-6791 582No. Tel. (B) : 019-6508 503No. Faks : 06-6136 202
4.
Nama : Zainab binti Said Alamat (P) : SMK King George V, Jalan Za’ba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.Alamat (R) : 409, Jalan Warisan Puteri A14, Bandar warisan Puteri, 71770 Seremban.No. Tel. (P) : 06-6857 162No. Tel. (R) : 06-7675 057No. Tel. (B) : 012-3531 347No. Faks : 06-6858 160
5.
Nama : Kalsom binti Azid Alamat (P) : SMK Mambau, Jalan Port Dickson, 70300 Seremban Negeri Sembilan.Alamat (R) : 530 Jalan Kenanga 5, Taman Bukit Chendang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.No. Tel. (P) : 06-6310 500No. Tel. (R) : 06-7645 294No. Tel. (B) : 013-6200 058No. Faks : 06-7635 294
Catatan:Jika anda memerlukan khidmat kebahasaan, hubungilah Munsyi Dewan yang sedia membantu anda.
Keluarga bahasa Polinesia
Keluarga bahasa Nusantara
Berdasarkan permasalahan tersebut, blog ini menawarkan perkongsian ilmu berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang persis dalam pelbagai aspek sama ada ejaan, kosa kata, makna perkataan, sistem bahasa, mahupun peribahasa. Dalam usaha memaparkan kepersisan penggunaan Bahasa Melayu, sesuai dengan peranan yang diberikan kepada Munsyi yang ditauliahkan oleh DBP, blog ini berusaha untuk menyajikan penggunaan bahasa yang tepat dari segi ejaan dan tatabahasanya dan tidak akan menggunakan singkatan, unsur-unsur slanga, mahupun "bahasa rojak" yang semakin jelas mengakibatkan kerancuan bahasa, kecuali dalam artikel yang ada kaitannya dengan karya sastera.
Hal ini adalah selaras dengan maksud ungkapan "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa, " yang dipilh sebagai tajuk blog ini iaitu sesuatu yang biasa kita lihat, kita dengar, dan kita sebut, belum tentu betul, tetapi dianggap betul selama ini kerana sudah biasa digunakan. Dalam hal yang lain pula, kita berasa janggal atau kekok untuk menggunakan ungkapan yang betul, atas alasan "tidak sedap" atau "sudah biasa" (dengan bentuk yang salah itu). Oleh itu, kita beperanan untuk membiasakan penggunaan bahasa yang betul, meskipun pada tanggapan dan pandangan, mahupun pendengaran orang lain apa-apa yang kita ucapkan itu dirasakan amat janggal kepada mereka, di samping membetulkan kesilapan penggunaan bahasa yang sudah biasa digunakan itu. Komentar dan ulasan daripada pengunjung blog ini amat dialu-alukan supaya semua maklum balas itu akan menjadi nilai tambah bagi memantapkan kandungannya.
Salam hormat.