Tuesday, July 7, 2009

Kuterpesona oleh Persona

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), halaman 1194 memberikan makna persona (Sas- sastera ) sebagai; 1, watak rekaan di dalam cereka, drama, novel, dsb: 2. (Psi – psikologi) watak atau sifat seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh orang lain; 3. IB (Indonesia Belanda) orang.

Daripada akar kata persona ini muncul perkataan-perkataan berikut:
persona grata (Latin) : orang yang boleh diterima atau dialu-alukan kehadirannya
persona non grata (Latin) : orang yang tidak diperlukan kehadirannya
personal : (bersifat) peribadi
personalia : IB (urusan dan lain-lain) yang berkaitan dengan orang-orang atau
nama-nama orang,
personaliti : keperibadian, perwatakan
personel : pegawai, kakitangan
personifikasi : pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak (pengorangan)

Pada halaman 1198 pula, kata pesona diberi makna sebagai; 1. guna-guna, mantera, sihir 2. pesonaan: kata-kata jahat untuk menyusahkan orang, fitnah.

Daripada kata pesona lahirlah perkataan :
mempesona : memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian
mempesonakan : 1. mengenakan pesona (sihir) mempesona, memikat, menggoda,
mengagumkan
terpesona : 1. kena pesona (jampi) terpukau oleh jampi-jampi 2. mempesona,
memikat, mengoda, mengagumkan
keterpesonaan : keadaan terpesona
kepesonaan : perihal (keadaan) pesona

Berdasarkan huraian di atas, unsur yang paling jelas membezakan kedua-dua perkataan ialah kehadiran huruf 'r' di antara 'e' dan 's'. Kehadiran huruf 'r' pada perkataan tersebut akan membezakan makna sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Tegasnya, persona merujuk kepada manusia atau hal-hal yang berkaitan manusiawi, manakala pesona pula merujuk kepada pengaruh atau menarik perhatian.


Bagaimana pula dengan yang ini:



Apakah yang sebenarnya dimaksudkan: watak rekaan dalam cereka, novel, drama
atau : guna-guna, mantera, sihir ?

Bagaimanakah ejaan yang sepatutnya: Persona atau Pesona?
(Persoalan ini telahpun dijawab dalam huraian di atas)

Catatan:
Ramai yang terpesona oleh Persona bukan kerana ejaannya, tetapi kerana Persona yang sepatutnya dieja sebagai Pesona memang benar-benar mempesonakan, termasuk yang menulis.

No comments:

Post a Comment