Kulihat, Kudengar, Kusebut
Tiga patah kata di atas sekali imbas mirip kata-kata yang diungkapkan oleh Julius Ceaser "Veni, Vidi, Vici" (I came, I saw, I conquered) yang menjadi motto sebuah sekolah yang tersohor di Negeri sembilan, Negeri Beradat; Kudatang, Kulihat, Kutawan. Jika Ceaser menggunakan ungkapan tersebut dengan tujuan untuk meluaskan jajahan takluknya, penggunaan ungkapan Kulihat, Kudengar, Kusebut pula dipilih sebagai mukadimah blog ini berdasarkan pertimbangan berikut;
Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pancaindera untuk melihat, mendengar, menghidu, dan merasa. Kurniaan Ilahi yang tidak ternilai harganya itu membolehkan kita menikmati anugerah-Nya tanpa sebarang bayaran, walau satu sen pun. Kita juga dianugerahi akal untuk berfikir. Sewajarnyalah kita menggunakan pancaindera kita untuk lebih banyak melihat perkara yang baik dan indah, mendengar sesuatu yang benar, dan berfikir secara rasional untuk mencari kebenaran dan bertindak dengan matang untuk melafazkan sesuatu ujaran dengan betul dari segi konteks dan maknanya agar tidak menimbulkan tanggapan dan tafsiran negatif atau prasangka kepada pendengar.
Berdasarkan permasalahan tersebut, blog ini menawarkan perkongsian ilmu berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang persis dalam pelbagai aspek sama ada ejaan, kosa kata, makna perkataan, sistem bahasa, mahupun peribahasa. Dalam usaha memaparkan kepersisan penggunaan Bahasa Melayu, sesuai dengan peranan yang diberikan kepada Munsyi yang ditauliahkan oleh DBP, blog ini berusaha untuk menyajikan penggunaan bahasa yang tepat dari segi ejaan dan tatabahasanya dan tidak akan menggunakan singkatan, unsur-unsur slanga, mahupun "bahasa rojak" yang semakin jelas mengakibatkan kerancuan bahasa, kecuali dalam artikel yang ada kaitannya dengan karya sastera.
Hal ini adalah selaras dengan maksud ungkapan "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa, " yang dipilh sebagai tajuk blog ini iaitu sesuatu yang biasa kita lihat, kita dengar, dan kita sebut, belum tentu betul, tetapi dianggap betul selama ini kerana sudah biasa digunakan. Dalam hal yang lain pula, kita berasa janggal atau kekok untuk menggunakan ungkapan yang betul, atas alasan "tidak sedap" atau "sudah biasa" (dengan bentuk yang salah itu). Oleh itu, kita beperanan untuk membiasakan penggunaan bahasa yang betul, meskipun pada tanggapan dan pandangan, mahupun pendengaran orang lain apa-apa yang kita ucapkan itu dirasakan amat janggal kepada mereka, di samping membetulkan kesilapan penggunaan bahasa yang sudah biasa digunakan itu. Komentar dan ulasan daripada pengunjung blog ini amat dialu-alukan supaya semua maklum balas itu akan menjadi nilai tambah bagi memantapkan kandungannya.
Salam hormat.
The Casino Directory | JtmHub
ReplyDeleteThe Casino Directory is a https://jancasino.com/review/merit-casino/ complete directory for casino and herzamanindir.com/ sportsbook 바카라 사이트 operators https://septcasino.com/review/merit-casino/ in Ireland and Portugal. Jtm's comprehensive directory provides you with more than 150 출장안마